Assalamualaikum

Hobi masa lapang aku selain baca beautifulnara dan allkpop adalah stalk blog, insta dan pinterest crafter-crafter  crochet dan amigurumi and I never failed going kya~ kya~ bila tengok dorang kait barang baby  yang comel. Aku selalu hesitate nak kait barang baby sebab yalahkan aku nak bagi siapa plak pakai. Adik aku bungsu pun dah nak menghampiri 20 tahun. Anak buah plak lama lagi kot sebab adik-beradik suma tak puas hidup single lagi.

Tapi belainan dengan member aku. Semua dah move on dan melangkah ke alam dewasa.  So point of the introduction  melalut akuni one of my close friend dah naik pangkat jadi mom to be ^^. So I have reason nak kait-kait barang baby ^^

Member akuni suka kucing so aku plan nak kait  barang baby  bertemakan kucing. Akupun meng'google' dengan gigih untuk cari design  kucing dan aku terinspire untuk buat topi kucing seperti gambar di bawah ni



 Source: Pinterest


Since aku tak tau lagi gender baby so aku decide nak guna warna yang unisex. Aku pilih warna grey. Aku guna benang acyralic yang besar dan guna hook 8/0.

Cara nak buat earflap crochet hat ni pulak boleh terjah blog Sarah Repeat crafter me. Sarah crafter yang sangat awesome dan dia banyak kait barang baby yang comel-comel and the best part is dia kongsi suma pattern of her awesome design. For this earflap hat, Sarah menyediakan pattern earflap hat ni untuk size newborn sehingga size budak tadika. 

So let me share proses aku buat topi ni ^^



 


Mula-mula aku kait bahagian topi. Lepas tu aku mula mengait bahagian ear flap. Boleh start menagait earflap ni kat mana bahagian topi tapi aku lepas dah join last stich topi aku terus turn dan start kait earflap kat situ. 

Lepas dah siap earflap pertama tu lipat topi macam dalam gambar kat atas dan pastikan lebih banyak stich kat depan earflap  daripada stich kat belakang.

  
 Lepas tu aku tanda dengan stich marker bahagian yang selari dengan earflap pertama dan mula mengait earflap kedua kat situ.



Front view
Ni pandangan depan topi bila dah siap kait kedua-dua earflap


 Lepas dah siap bahagian earflap topi aku single crohet all around topi dengan benang cream bermula  sebab nak matching kan dengan bahagian hidung. Aku lapis dua benang cream tu sebelum mengait sebab saiz lebih kecil daripada benang grey. Aku start single crochet tu daripada bahagian hujung earflap.

Bahagian hidung
Dah setel bahagian topi yang mana agak senang sikit sebah dah ada pattern aku mula cuba try error kait untuk bahagian hidung kucing ni. Lepas dah berapa kali cuba akhirnya dapat la hasil kat atas. Aku kait bahagian hidung ni dengan benang cream yang sama aku guna untuk lining topi. Tapi kali ni aku tak lapis dua dan aku guna hook yang kecil sesuai dengan saiz benang.

Kemudian aku jahitkan ke topi seperti kat dalam gmbar kat atas.


Hidung



Kemudian baru aku start kait hidung kucing dan jahit kan ke topi.




Shank button
Aku guna shank button untuk mata kucing. Boleh gam je atau nak lebih secure lagi lebih baik jahit terus ke topi.





Telinga
 Kemudian aku kait dua telinga kucing dan jahit kat topi.


Last sekali  tocangkan yarn kat bahagian earflap. Boleh rujuk kat tutorial kat blog classycrochet.

Akhirnye siap .Harap-harap mak baby dan baby suka ^^

0 Comments